Wednesday, June 2, 2010

Mukadimah

Assalmmualaikum buat semua pembaca,terima kasih kerana telah membaca blog saya...

Hj.Abdul Jalil bin Hj.Abdul Samad jika dilihat dari luaran beliau kelihatan seperti seorang manusia biasa,tetapi suatu ketika dahulu beliau pernah mengharumkan nama orang Melayu.Siapa sangka ayah kepada 6 orang anak dan datuk kepada 11 orang cucu ini telh mengharumkan nama orang Melayu sekitar tahun 1958........

Biodata Hj.Abdul Jalil bin Hj.Abdul Samad

Nama Penuh:Hj.Abdul Jalil bin Hj.Abdul Samad.
Tarikh Lahir:2 Februari 1940.
Anak ke-:5 daripada 6 orang adik beradik.
Pekerjaan Bapa:Pegawai Kastam.
Pekerjaan Ibu:Suri rumah tangga.
Hobi:Memancing.
Cita-cita:Doktor.


Kronologi Persekolahan:
  • 1947-Sekolah Melayu Tanjung Agas.
  • 1947-Sekolah Melayu Kampung Gelam.
  • 1948-Sekolah Kerajaan Inggeris Port Dickson.
  • 1950-Sekolah Tinggi Klang.
  • 1957-Tamat persekolahan dengan Sijil Pesekolahan Cambridge.
Aktiviti Semasa Persekolahan:
  • Ahli Pasukan Ragbi di Sekolah Tinggi Klang.
  • Ahli Pasukan Kadet(Tentera) di Sekolah Tinggi Klang.
  • Ahli Kadet Palang Merah di Sekolah Tinggi Klang.

Daftar Menjadi Tentera Laut Malaya

Beliau memohon untuk menjadi Tentera Laut Malaya (bahagian teknikal) di Woodland,Singapura pada tahun 1958.Beliau telah lulus dengan cemerlang dalam semua ujian termasuk ujian Matematik,iaitu kedua tertinggi manakala pertama,ketiga,keempat dan kelima tertinggi daripada bangsa Cina.Sehubungan dengan itu,beliau telah dipilih untuk menjadi ship engineer,tetapi beliau telah gagal ujian kesihatan ke-3 kerana masalah jantung.

Bangkit Semula

Walaupun beliau telah gagal menjadi seorang anggota tentera laut,beliau tidak pernah putus asa dan meneruskan hidupnya sebagai seorang guru yang berwibawa.Berikut merupakan kronologi kebangkitan beliau:
  • 1959-Melanjukan pelajaran ke Maktab Perguruan Kota Bharu.
  • 1961-Tamat latihan.
  • 1962-Bertugas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang,Kelantan.
  • 1967-Ditukarkan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Astan Raja,Rembau dan dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolang Kanan.
  • 1980-Dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Rokan,Gemencheh.
  • 1984-Ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Kayu Ara,Rembau.
  • 1987-Dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolang Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Palong 5.
  • 1994-Ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Inas,Johol.
  • 1995-Bersara dari jawatan kerajaan pada 2 Februari 1995.

Kesimpulan

Pengalaman dan jalan hidup beliau boleh kita gunakan sebagai pengajaran dan pedoman hidup terutamanya kepada golongan muda yang mudah putus asa.

Info Tambahan

  • Beliau mendapat markah kedua tertinggi dalam subjek Matematik yang membantu beliau mendapat tempat untuk menjadi ship engineer,manakala peserta yang mendapat markah tertinggi,ketiga,keempat dan kelima adalah kaum cina,beliau merupakan anak melayu yang mendapat markah tertinggi.
  • Menjadi anak Malaya pertama yang dipilih bertugas di atas kapal sebagai ship engineer.
  • Beliau tetap meneruskan hidup walaupun telah tersingkir dari tentera laut,kini,beliau menguruskan gerai kelapa dan santan miliknya di Pekan Chengkau.
  • Kini,mempunyai 7 orang anak (4 lelaki 2 perempuan) termasuk seorang anak lelakinya yang telah meninggal ketika masih kecil lagi iaitu Allahyarham Moh Faris bin Abdul Jalil.(Al-Fatihah).

Lampiran(HMS Malaya serta pelan)